BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2014
JADUAL WAKTU 2014
JADUAL TUGAS GURU DAN TAKWIM KURIKULUM
JADUAL KELAS
TAHUN SATU
TAHUN DUA
TAHUN TIGA
TAHUN EMPAT
TAHUN LIMA
TAHUN ENAM
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG AWAT, 85100 BATU ANAM SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM. TEL: 07-9373371. EMAIL: skkasegamat@yahoo.com WEBSITE: www.skkasegamat.blogspot.com
Friday, 27 December 2013
Tuesday, 17 December 2013
LAPORAN PELAKSANAAN KEM KEROHANIAN MURID
Pada 13 dan 14 Disember 2013, Pihak sekolah bersama Majlis Permuafakatan Ibubapa Murid Tahun 6/2014 telah berjaya menganjurkan KEM Kerohanian Murid tahun 6/2014.Program tersebut mendapat kerjasama dari komuniti Kampong Awat dan Kampong Lubuk Kepong.Program ini juga mendapat sokongan dari ADUN Buluh Kas YB Hajjah Norshida Binti Hj Ibrahim dan Dato Hj Rusdin Mahmod, seorang Pakar Motivasi dan Guru Besar SK Sawah Bahru.
Seramai 15 orang murid telah mendapat pelbagai ilmu dan kemahiran dari penceramah jemputan. Diantaranya Pn Anisah Bt Abu Hassan (Guru Bimbingan Kaunseling,SMK Gemereh) dan Cik Nuraidah Bt Abdullah ( Pegawai Psikologi Ipk Melaka).Sekalung tahniah kepada Majlis Permuafakatan Ibubapa Murid Tahun 6/2014 atas kejayaan tersebut. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan danh rahmat dari NYA.
Murid-murid sedang mendengar ceramah |
Sebahagian ibubapa yang hadir |
Pn Anisah sedang berkongsi pengalaman beliau. |
Dato Rosdin sedang memberi ceramah |
Gambar kenangan bersama Bapa Angkat Murid |
ADUN Buluh Kasap sedang memberi ucapan beliau. |
Terima Kasih Yb |
KEM KEROHANIAN MURID TAHUN 6/2014
1.
PENGENALAN
Program ini merupakan hasil kolaborasi pihak sekolah, Persatuan Ibu bapa
dan Guru dan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 yang ingin menerapkan amalan
kerohanian dalam kalangan murid–murid Tahun 6 serta meningkatkan
keyakinan diri bagi murid-murid untuk melakukan perubahan yang lebih baik dalam
menghadapi cabaran dalam hidup bermasyarakat dengan mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian.
2.
OBJEKTIF
2.1 Membentuk murid agar mempunyai jati diri dan disiplin
yang tinggi.
2.2 Menyuntik kesedaran kepada murid-murid tentang persiapan
menghadapi peperiksaan dari sudut kerohanian.
2.3 Memberi peluang kepada murid untuk bermuhasabah diri agar
menjadi lebih bertanggungjawab dan berhemah tinggi.
2.4 Membimbing murid untuk mengenalpasti sikap-sikap positif
dan negatif dalam diri dan cara menanganinya.
3.
SASARAN
Semua
murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kampong Awat berjumlah 16 orang.
4.
TARIKH CADANGAN
Tarikh : 13
dan 14 Disember 2013
Hari : Jumaat
dan Sabtu
5.
SENARAI
NAMA AHLI JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Tuan Haji Ramli Bin Khamis
Naib
Pengerusi 1 : En Khalid Bin Ibrahim
Naib
Pengerusi 2 : En Ali Bin Ghani
Setiausaha : Puan
Radziah Binti Ibrahim
Bendahari : En Saifuddin Anuar
Penyelaras : Pn Roainis Bt Mohd Ali
Jawatankuasan Kerja
Pendaftaran : Pn Wan Nor Aida Bt Wan Hasbullah
Buku
Program : En Mohd Fayadh Bin Azizan
Sijil : En Mohd Ezri Bin Musa
Persiapan
& Teknikal : En Norazli Bin Abdullah
Kerohanian : En
Abdul Hannan Bin Elias
Jamuan : Pn Noor Azimah Bt Ismail
Kebersihan : En
Misran Bin Abdullah
6.
TENTATIF
PROGRAM
Jumaat
MASA
|
AKTIVITI
|
8.30 pagi
|
Taklimat
kepada peserta
|
9.00 pagi
|
Ice
Breaking
|
10.00 pagi
|
Minum
pagi
|
10.30 pagi
|
Pengenalan
Kem Penerapan Kerohanian
|
11.30 pagi
|
Pengurusan
diri
|
12.00 tengah hari
|
Makan
tengah hari
|
12.30 tengah hari
|
Solat
Jumaat
|
2.00 petang
|
Slot 1(
Ciri-ciri murid cemerlang)
|
4.00 petang
|
Minum
petang
|
4.30 petang
|
Solat
Asar dan Tazkirah
|
5.00 petang
|
Riadah
|
6.00 petang
|
Pengurusan
diri
|
6.30 petang
|
Makan
malam
|
7.00 malam
|
Solat
Maghrib
Solat
Hajat dan bacaan yassin
Solat
Isyak
Ceramah
Kerohanian (Kenali Potensi Diri)
|
10.00 malam
|
Minum
malam
|
10.30 malam
|
Tidur
|
Sabtu
MASA
|
AKTIVITI
|
5.30 pagi
|
Pengurusan
diri
|
6.00 pagi
|
Solat
subuh
|
7.00 pagi
|
Sarapan
|
7.30 pagi
|
Riadah
|
8.00 pagi
|
Pengurusan
diri
|
8.30 pagi
|
Ceramah
Motivasi murid-murid Tahun 6
|
10.00 pagi
|
Minum
pagi
|
10.30 pagi
|
Majlis
Penutup
|
12.00 Tengah hari
|
Bersurai
|
7.
SUMBER
KEWANGAN:
*************
- Ibubapa Murid Tahun 6
- PIBG Sk Kampong awat
- Sumbangan orang ramai
8.
ANGGARAN
PEMBELANJAAN
BIL.
|
PERKARA
|
RM
|
1.
|
Makanan
dan minuman murid
RM 15.00
x 16
Makanan
jemputan
.......................................................
|
240.00
|
2.
|
Bayaran
penceramah ( 2 orang)
|
200.00
|
3.
|
Air
mineral (air yasin)
2 kotak
(1.5 liter) x RM 12.00
|
24.00
|
4.
|
Pensil
dan buku nota
RM4 x 16
|
64.00
|
5
|
Hadiah
Kumpulan ( Hamper Rm 30 X 4)
|
120.00
|
Jumlah
|
648.00
|
9.
PENUTUP
Semoga dengan pelaksanaan Program Penerapan Kerohanian bagi calon UPSR
ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua murid yang akan menduduki
peperiksaan UPSR 2014. Seterusnya akan dapat mempertingkat prestasi sekolah
daripada segi kualiti dan kuantiti.
Wednesday, 16 October 2013
PEMANTAUAN GALERI SEJARAH SKKA
16 Oktober 2013. Hari ini SKKA telah dikunjungi wakil panel penilai dari PPD Segamat untuk membuat pemantauan Galeri Sejarah sekolah. Pelbagai maklumat dan info dapat dikongsikan oleh Guru Besar Sk Batu Anam iaitu En Ismail Bin Buang dan Puan Badviah (Guru Sk Mensudut Lama). Pihak Sekolah merakamkan ribuan terima kasih atas kunjungan tersebut.
Pengenalan
Galeri Bersejarah sekolah berperanan sebagai sumber rujukan warga sekolah. Galeri ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang sejarah sekolah dan tanah air. Menyedari kepentingan ini pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Galeri Sejarah. Penubuhan Galeri ini adalah hasil usaha Tn Guru Besar Hj Ramli Bin Khamis bersama guru-guru dan dibantu oleh AKS dan juga murid-murid .
Objektif
1. Menambah pengetahuan awrga sekolah tentang peristiwa sekolah dan sekitarnya.
2. Mempamerkan koleksi sekolah dan negara.
3. Melahirkan kesedaran generasi muda untuk menghayati sejarah tempatan dan seterusnya mencintai warisan budaya.
Semoga Galeri Sejarah SKKA akan ditambah baik dari masa ke semasa untuk kepentingan warganya.
Subscribe to:
Posts (Atom)