Showing posts with label Isu-isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu-isu semasa. Show all posts

Thursday, 10 January 2013

Program Professional Up-skilling Of English Language Teachers (Pro-ELT)


LINUS 2.0 bantu murid kuasai Bahasa Inggeris


Putrajaya: Program peningkatan pencapaian murid dalam penguasaan literasi dan numerasi (LINUS) membabitkan penguasaan menulis serta membaca dalam bahasa Melayu akan diperluaskan kepada bahasa Inggeris, yang dikenali sebagai LINUS 2.0.

Ini berikutan pencapaian memberangsangkan program LINUS sejak diperkenalkan pada 2010 dengan 99.84 peratus pelajar Tahun Tiga yang mengikuti program itu sejak 2010 berjaya menguasai literasi (menulis dan membaca) manakala 99.92 peratus pelajar berjaya menguasai asas numerasi (mengira).

Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Shamsuri Sujak, berkata daripada jumlah itu hanya 0.15 peratus atau 692 adalah pelajar yang perlu mengikuti pemulihan literasi manakala 0.08 peratus atau 346 lagi memerlukan pemulihan numerasi.

Mulai sesi 2013

Bagaimanapun, katanya, jumlah terbabit dalam pemulihan itu adalah mereka yang dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas merangkumi pelajar kurang upaya, menghadapi kecacatan fizikal, cacat penglihatan dan pendengaran.

“Berdasarkan kejayaan ini, program LINUS akan diteruskan dalam bahasa Inggeris bermula sesi persekolahan 2013 bagi memastikan penguasaan murid dalam literasi bahasa Inggeris.

“Melalui program ini, murid yang menghadapi masalah literasi bahasa Inggeris akan menerima bantuan dan sokongan tambahan melalui LINUS 2.0 bagi membolehkan mereka setara dengan rakan lain dalam arus perdana,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam.

Shamsuri menjelaskan, saringan asas akan dilaksana di kalangan pelajar Tahun Satu pada Jun 2013 bagi menentukan tahap literasi murid dalam bahasa Inggeris supaya murid yang memerlukan perhatian khusus dikenal pasti.
sumber : Berita Harian

Thursday, 3 January 2013

Bantuan Awal Persekolahan 2013

Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan.

Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah penyaluran bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

Menurut kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan

Sistem Pendidikan Baharu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP) 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara. 
KEMENTERIAN Pelajaran mengorak pelbagai program memperkasakan pendidikan sebaik sahaja membuka tirai 2012 dengan mengerakkan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional dengan matlamat memberikan wajah baharu dan impak yang lebih berkesan terhadap keupayaan bidang vokasional.

Bertitik-tolak dengan itu, program memperkasakan bidang pendidikan terus digarap dengan kemuncaknya melalui pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP) 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik

Sunday, 16 December 2012

Melindungi Masa Instruksional

 Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Masa Instruksional? Baca dan fahami apakah maksud sebenar...
Melindungi Masa Instruksional

Pencapaian Malaysia Dalam Indeks Persaingan Global Dalam Bidang Pendidikan

Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) telah mengiktifaf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap persaingan yang lebih baik dari 142 buah negara di seluruh dunia dan berdasarkan laporan terbaharunya, Malaysia menduduki tangga ke- 21 berbanding pada tahun 2010 pada tangga ke- 26.

Menurut laporan tersebut, tahap persaingan global pada tahun 2011/2012, kedudukan yang lebih baik itu disebabkan oleh kesungguhan Malaysia untuk memperbaiki kedudukannya selaras dengan perubahan-perubahan yang diperlukan bagi membolehkan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, dan seterusnya keluar daripada situasi ekonomi berpendapatan sederhana tinggi kepada negara berpendapatan tinggi.