Putrajaya: Program peningkatan
pencapaian murid dalam penguasaan literasi dan numerasi (LINUS) membabitkan
penguasaan menulis serta membaca dalam bahasa Melayu akan diperluaskan kepada
bahasa Inggeris, yang dikenali sebagai LINUS 2.0.
Ini berikutan pencapaian memberangsangkan program LINUS sejak diperkenalkan pada 2010 dengan 99.84 peratus pelajar Tahun Tiga yang mengikuti program itu sejak 2010 berjaya menguasai literasi (menulis dan membaca) manakala 99.92 peratus pelajar berjaya menguasai asas numerasi (mengira). Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Shamsuri Sujak, berkata daripada jumlah itu hanya 0.15 peratus atau 692 adalah pelajar yang perlu mengikuti pemulihan literasi manakala 0.08 peratus atau 346 lagi memerlukan pemulihan numerasi. Mulai sesi 2013 Bagaimanapun, katanya, jumlah terbabit dalam pemulihan itu adalah mereka yang dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas merangkumi pelajar kurang upaya, menghadapi kecacatan fizikal, cacat penglihatan dan pendengaran. “Berdasarkan kejayaan ini, program LINUS akan diteruskan dalam bahasa Inggeris bermula sesi persekolahan 2013 bagi memastikan penguasaan murid dalam literasi bahasa Inggeris. “Melalui program ini, murid yang menghadapi masalah literasi bahasa Inggeris akan menerima bantuan dan sokongan tambahan melalui LINUS 2.0 bagi membolehkan mereka setara dengan rakan lain dalam arus perdana,” katanya pada satu sidang media di sini, semalam. Shamsuri menjelaskan, saringan asas akan dilaksana di kalangan pelajar Tahun Satu pada Jun 2013 bagi menentukan tahap literasi murid dalam bahasa Inggeris supaya murid yang memerlukan perhatian khusus dikenal pasti.
sumber : Berita Harian
|
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG AWAT, 85100 BATU ANAM SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM. TEL: 07-9373371. EMAIL: skkasegamat@yahoo.com WEBSITE: www.skkasegamat.blogspot.com
Thursday, 10 January 2013
LINUS 2.0 bantu murid kuasai Bahasa Inggeris
Labels:
Isu-isu semasa