Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

PERANAN IBU BAPA BAGI MEMBANTU ANAK-ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN



                                                                 
          Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya.Anak-anak merupakan aset yang besar kepada kedua ibu bapa,lebih-lebih lagi ketika ibu bapa menjangkau usia tua.Anak-anak juga adalah jantung hati dan penawar rindu ibu bapa.
            Keriangan, keseronokan, kedukaan dan kesusahan ketika membesarkan anak-anak merupakan perkara yang lumrah dan menjadi asam garam bagi ibu bapa dalam menangani dan mengurus amanah Allah S.W.T. itu.
          Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa pendidikan perlu diberi kepada anak-anak ketika mereka berusia 7 tahun hingga 17 tahun.Ibu bapa juga mengimpikan anak-anak mereka dapat meneruskan pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mendapat kerja yang baik apabila tamatnya pengajian di universiti nanti.
           Namun,berbagai rintangan seharusnya dihadapi oleh ibu bapa di dalam memastikan anak-anak mereka berjaya dalam bidang ilmu ini.Lumrahnya,kejayaan anak-anak ini diukur melalui pencapaian peperiksaan awam yang bakal mereka hadapi.Kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan awam sebagai kayu pengukur anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.
      Justeru,ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting ketika anak-anak mereka akan menghadapi peperiksaan,sama ada peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah mahu pun peperiksaan awam.Peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah amat penting sebagai ukuran sama ada anak-anak mereka berjaya menguasai pelajaran yang telah disampaikan oleh guru dan bersedia menghadapi peperiksaan awam atau sebaliknya.Berikut disenaraikan beberapa panduan peranan ibu bapa

Saturday, 8 December 2012

Kaedah Belajar Secara Berkumpulan


SANTAPAN MINDA oleh Dr. Ismail Zain 
Belajar secara kumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu mengurangkan rasa bosan tetapi menguatkan daya ingatan. Murid-murid yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah ini kerana mereka lebih berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada waktu petang atau malam semasa menghadiri kelas persediaaan. Kebanyakan murid menganggap belajar secara kumpulan ini merugikan masa atau tidak mampu memberi tumpuan. Sebenarnya belajar secara kumpulan memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama yang erat daripada anggota kumpulan. 

Teknik Membaca Dengan Betul

Baca dengan mata, bukan dengan mulut. 
 
Membaca dengan mulut (terkumat-kamit ketika membaca) hanya melambatkan pembacaan kerana pergerakan mata lebih pantas daripada mulut.
Begitu juga membaca dengan menggerakkan jari telunjuk turut melambatkan proses pembacaan.
 
Elakkan berjalan atau mundar-mandir ketika membaca

Elakkan diri daripada mengulangi ayat yang sudah dibaca.Ini dapat dibiasakan dengan kerap membuat latihan tetapi masih mengekalkan daya penangkapan maklumat dari bahan yang dibaca.

Amalan Pelajar Cemerlang


  • Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu. 
  • Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).
  •  Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail). 
  • Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang. 
  • Sarapan pagi dengan menu telur dan madu. 
  • Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini. 
  • Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah. 
  • Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air). 
  • Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail. 
  • Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain. 
  • Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. 
  • Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib. 
  • Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam. 
  • Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.