- Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.
- Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).
- Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail).
- Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang.
- Sarapan pagi dengan menu telur dan madu.
- Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini.
- Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah.
- Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air).
- Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail.
- Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain.
- Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.
- Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib.
- Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam.
- Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG AWAT, 85100 BATU ANAM SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM. TEL: 07-9373371. EMAIL: skkasegamat@yahoo.com WEBSITE: www.skkasegamat.blogspot.com
Saturday, 8 December 2012
Amalan Pelajar Cemerlang
Labels:
Motivasi Diri