Baca dengan mata, bukan dengan mulut.
Membaca dengan mulut (terkumat-kamit ketika membaca) hanya melambatkan pembacaan kerana pergerakan mata lebih pantas daripada mulut.
Begitu juga membaca dengan menggerakkan jari telunjuk turut melambatkan proses pembacaan.
Elakkan berjalan atau mundar-mandir ketika membaca.
Elakkan diri daripada mengulangi ayat yang sudah dibaca.Ini dapat dibiasakan dengan kerap membuat latihan tetapi masih mengekalkan daya penangkapan maklumat dari bahan yang dibaca.
Baca sesuatu tajuk sehingga habis.
Mulakan pembacaan sesuatu topik dari
awal untuk memudahkan pemahaman dan tidak perlu mengulang pembacaan
jika berhenti pada pertengahan tajuk.
Ingat kembali
Ingat kembali
- Cara mengingat kembali boleh dilakukan secara lisan, dalam hati atau menulis fakta di atas kertas.
- Proses ingat kembali lebih menguntungkan kerana menjimatkan masa dan tidak perlu mengambil masa banyak untuk mengulangkaji.
- Pelajar tahu apa yang sukar diingati, terlupa ataupun salah, jadi ia akan menumpukan lebih perhatian kepada bahan ini dalam proses ingat kembali.
Lihat semula
- Lihat semula adalah proses untuk mengetahui apa yang telah dibaca.
- Belajar secara bersendirian sebenarnya memerlukan masa yang lebih.
- Selain pembahagian waktu teratur, pelajar perlu ada tatatertib sendiri - hapuskan sikap acuh tak acuh, menangguh-nangguhkan belajar atau malas.
- Belajar di tempat yang menggalakkan pembelajaran.
Ujian sendiri
- Ujian dapat mengenalpasti tahap pemahaman.
- Untuk menguji ingatan, tutup buku dan tulis semula apa yang diingati.
- Uji juga kefahaman konsep serta penggunaannya, dengan menjawab soalan lalu.