Anak merupakan anugerah Allah
S.W.T yang tidak ternilai harganya.Anak-anak merupakan aset yang besar kepada
kedua ibu bapa,lebih-lebih lagi ketika ibu bapa menjangkau usia tua.Anak-anak
juga adalah jantung hati dan penawar rindu ibu bapa.
Keriangan, keseronokan, kedukaan
dan kesusahan ketika membesarkan anak-anak merupakan perkara yang lumrah dan
menjadi asam garam bagi ibu bapa dalam menangani dan mengurus amanah Allah
S.W.T. itu.
Memang tidak dapat disangkal
lagi bahawa pendidikan perlu diberi kepada anak-anak ketika mereka berusia 7
tahun hingga 17 tahun.Ibu bapa juga mengimpikan anak-anak mereka dapat
meneruskan pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mendapat kerja yang
baik apabila tamatnya pengajian di universiti nanti.
Namun,berbagai rintangan
seharusnya dihadapi oleh ibu bapa di dalam memastikan anak-anak mereka berjaya
dalam bidang ilmu ini.Lumrahnya,kejayaan anak-anak ini diukur melalui
pencapaian peperiksaan awam yang bakal mereka hadapi.Kejayaan yang cemerlang
dalam peperiksaan awam sebagai kayu pengukur anak-anak mereka berjaya dalam
pelajaran.
Justeru,ibu bapa perlu memainkan
peranan yang penting ketika anak-anak mereka akan menghadapi peperiksaan,sama
ada peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah mahu pun peperiksaan
awam.Peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah amat penting sebagai
ukuran sama ada anak-anak mereka berjaya menguasai pelajaran yang telah
disampaikan oleh guru dan bersedia menghadapi peperiksaan awam atau
sebaliknya.Berikut disenaraikan beberapa panduan peranan ibu bapa
di dalam memastikan persediaan anak-anak dalam menghadapi peperiksaan.Adalah diharapkan agar panduan-panduan ini akan dapat dapat diberikan perhatian oleh ibu bapa dan diambil tindakan yang sewajarnya.
di dalam memastikan persediaan anak-anak dalam menghadapi peperiksaan.Adalah diharapkan agar panduan-panduan ini akan dapat dapat diberikan perhatian oleh ibu bapa dan diambil tindakan yang sewajarnya.
- Sentiasa bersama anak-anak
- Melahirkan kasih sayang
- Memberi nasihat/panduan yang berhemah
- Meraikan anak-anak pergi dan balik dari sekolah
- Memberatkan pendidikan agama di rumah
- Terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
- Mengatur masa rehat dan riadah anak-anak
- Menggalakkan dan menyediakan suasana membaca
- Menunjukkan contoh-contoh yang terbaik kepada anak-anak
- Meluangkan masa dan bergurau senda dengan anak-anak
- Mewujudkan komunikasi yang baik dengan anak-anak
- Menggunakan bahasa yang betul ketika bersama anak-anak
- Menunaikan janji kepada anak-anak
- Menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
- Berminat untuk melayan pertanyaan anak-anak
- Memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
- Tidak mengancam dan menakutkan anak-anak
- Makan bersama anak-anak
- Tidak memberikan hukuman yang akan mendatangkan kesan psikologi kepada anak-anak
- Memberikan nasihat kepada anak-anak
- Memberikan penghargaan kepada anak-anak
- Bersikap tegas dan terbuka ketika mendidik anak-anak
- Membantu anak-anak membuat jadual belajar yang betul
- Berbincang dengan guru mengenai prestasi akademik dan disiplin anak-anak
- Berbincang dengan anak-anak cara menangani masalah
- Sentiasa bersedia mendengar masalah anak-anak
- Sentiasa memantau pergerakan anak-anak
- Menemani anak-anak ketika belajar
- Membimbing anak-anak ketika berada di dewan peperiksaan
- Mendoakan kejayaan anak-anak
Semoga panduan-panduan yang
diberikan ini akan dapat membantu ibu bapa ketika berdepan dengan anak-anak
yang akan menghadapi peperiksaan.Panduan-panduan ini sebenarnya diketahui oleh
kita semua,namun kita tidak mengendahkannya.Mungkin ada ibu bapa apabila
melihat 30 panduan ini,mereka mengatakan bahawa saya telah pun
mempraktikkannya.Terdapat juga ibu bapa yang mengatakan bahawa mereka sedar
tentang 30 panduan ini tetapi tidak mempraktikkan sepenuhnya kerana sibuk
dengan kerja mereka.Terdapat juga ibu bapa yang mengatakan bahawa mereka
langsung tidak mengetahui tentang 30 panduan ini.
Ibu bapa yang mempraktikkan 30
panduan ini akan dapat melihat hasil yang membanggakan daripada kejayaan anak-anak mereka.Golongan
ibu bapa yang sedar tetapi masih belum mempraktikkan 30 panduan ini seharusnya
faham akan peranan mereka di dalam membantu kejayaan anak-anak.Golongan ibu
bapa yang tidak mengetahui tentang 30 panduan ini,diharapkan akan dapat
mengamalkan 30 panduan ini ketika berdepan dengan anak-anak yang masih berada
di bangku sekolah.