Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang
bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15
Januari depan.
Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah
penyaluran bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah
atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak
mempunyai akaun bank.
Menurut kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang menerima kurang
peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan