Wednesday 22 January 2014

MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN RM 100 2014.

TARIKH  :  23 Januari 2014
MASA     :  12.00 Tengahari
TEMPAT  :  Dewan Terbuka SKKA

Disempurnakan oleh En Azman Bin Mohamed. Ketua Kampung KG Awat. 





Tuesday 17 December 2013

LAPORAN PELAKSANAAN KEM KEROHANIAN MURID

Pada 13 dan 14 Disember 2013, Pihak sekolah bersama Majlis Permuafakatan Ibubapa Murid Tahun 6/2014 telah berjaya menganjurkan KEM Kerohanian Murid tahun 6/2014.Program tersebut mendapat kerjasama dari komuniti Kampong Awat dan Kampong Lubuk Kepong.Program ini juga mendapat sokongan dari ADUN Buluh Kas YB Hajjah Norshida Binti Hj Ibrahim dan Dato Hj Rusdin Mahmod, seorang Pakar Motivasi dan Guru Besar SK Sawah Bahru.

Seramai 15 orang murid telah mendapat pelbagai ilmu dan kemahiran dari penceramah jemputan. Diantaranya Pn Anisah Bt Abu Hassan (Guru Bimbingan Kaunseling,SMK Gemereh) dan Cik Nuraidah Bt Abdullah ( Pegawai Psikologi Ipk Melaka).Sekalung tahniah kepada Majlis Permuafakatan Ibubapa Murid Tahun 6/2014 atas kejayaan tersebut. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan danh rahmat dari NYA.

Murid-murid sedang mendengar ceramah

Sebahagian ibubapa yang hadir

Pn Anisah sedang berkongsi pengalaman beliau.







Dato Rosdin sedang memberi ceramah



Gambar kenangan bersama Bapa Angkat Murid


ADUN Buluh Kasap sedang memberi ucapan beliau.


Terima Kasih Yb