Friday 21 December 2012

Tarikh Mesyuarat Bil 1 / 2013



Perhatian kepada semua guru SK Kampong Awat. Tarikh Mesyuarat Guru dipinda kepada ketetapan berikut:

1. Mesyuarat Pengurusan Dan Pentadbiran Bil 1.
  
    Tarikh             : 24 Disember 2012
    Hari                : Isnin
    Masa               : 8.30 Pagi
    Guru Terlibat  : Guru Besar dan Semua PGB.

2. Mesyuarat Pengurusan Dan Kurikulum Bil 1.
  
    Tarikh             : 26 Disember 2012
    Hari                : Rabu
    Masa               : 8.30 Pagi
    Guru Terlibat  : Semua Guru Dan Staf.

3.Mesyuarat Hal Ehwal Murid ( HEM ) Dan Kokurikulum Bil 1.
 
   Tarikh               : 27 Disember 2012
   Hari                  : Khamis
   Masa                :  8.30 Pagi
   Guru Terlibat   : Semua Guru.


  

Thursday 20 December 2012

Tarikh Mesyuarat SKKA



  1. 24 Disember 2012 (Isnin) - Mesyuarat Pengurusan Sekolah dan Guru Bil 1
  2. 26 Disember 2012 (Rabu) - Mesyuarat Unit Kurikulum
  3. 27 Disember 2012 (Khamis) - Mesyuarat HEM
  4. 28 Disember 2012 (Jumaat) - Penjualan Buku
  5. 31 Disember 2012 (Isnin) - Mesyuarat Kokurikulum
   

Sunday 16 December 2012

Melindungi Masa Instruksional

 Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Masa Instruksional? Baca dan fahami apakah maksud sebenar...
Melindungi Masa Instruksional

Pencapaian Malaysia Dalam Indeks Persaingan Global Dalam Bidang Pendidikan

Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) telah mengiktifaf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap persaingan yang lebih baik dari 142 buah negara di seluruh dunia dan berdasarkan laporan terbaharunya, Malaysia menduduki tangga ke- 21 berbanding pada tahun 2010 pada tangga ke- 26.

Menurut laporan tersebut, tahap persaingan global pada tahun 2011/2012, kedudukan yang lebih baik itu disebabkan oleh kesungguhan Malaysia untuk memperbaiki kedudukannya selaras dengan perubahan-perubahan yang diperlukan bagi membolehkan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, dan seterusnya keluar daripada situasi ekonomi berpendapatan sederhana tinggi kepada negara berpendapatan tinggi.

Pemantauan Pengurusan Sekolah Awal Tahun 2013

 Di sini dipaparkan nama sekolah yang akan dipantau oleh pegawai JPNJ pada awal persekolahan tahun 2013 bermula 02 Januari hingga 07 Januari 2013.
 Nama Sekolah Yang Dipantau Instrumen Pemantauan Sekolah Awal Tahun 2013

Saturday 15 December 2012

Kesulitan sistem PBS diatasi

Melalui PBS, murid dan pelajar dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan serta tidak terikat dengan keperluan peperiksaan semata-mata.
Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menambah baik perlaksanaan Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) bagi memudahkan penggunaannya oleh kira-kira 412,000 guru sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Bagaimana Pelaksanaan Transisi Dijalankan

Pelaksanaan program Transisi

Isu-Isu Pengurusan Awal Persekolahan 2013

 Bersama kita mengatasi segala permasalahan dan kekangan agar pengurusan 2013 lebih cemerlang.
Isu-isu Pengurusan Awal Persekolahan Tahun 2013

Saturday 8 December 2012

Kaedah Belajar Secara Berkumpulan


SANTAPAN MINDA oleh Dr. Ismail Zain 
Belajar secara kumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu mengurangkan rasa bosan tetapi menguatkan daya ingatan. Murid-murid yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah ini kerana mereka lebih berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada waktu petang atau malam semasa menghadiri kelas persediaaan. Kebanyakan murid menganggap belajar secara kumpulan ini merugikan masa atau tidak mampu memberi tumpuan. Sebenarnya belajar secara kumpulan memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama yang erat daripada anggota kumpulan. 

Teknik Membaca Dengan Betul

Baca dengan mata, bukan dengan mulut. 
 
Membaca dengan mulut (terkumat-kamit ketika membaca) hanya melambatkan pembacaan kerana pergerakan mata lebih pantas daripada mulut.
Begitu juga membaca dengan menggerakkan jari telunjuk turut melambatkan proses pembacaan.
 
Elakkan berjalan atau mundar-mandir ketika membaca

Elakkan diri daripada mengulangi ayat yang sudah dibaca.Ini dapat dibiasakan dengan kerap membuat latihan tetapi masih mengekalkan daya penangkapan maklumat dari bahan yang dibaca.

Amalan Pelajar Cemerlang


  • Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu. 
  • Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).
  •  Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail). 
  • Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang. 
  • Sarapan pagi dengan menu telur dan madu. 
  • Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini. 
  • Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah. 
  • Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air). 
  • Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail. 
  • Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain. 
  • Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. 
  • Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib. 
  • Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam. 
  • Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.


11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 
  2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 
  3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 
  5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 
  6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 
  8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. 
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 
  11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. 
Bersamalah kita memartabatkan dunia pendidikan

Thursday 6 December 2012

Selamat Datang

Blog ini sedang dibina...
Maklumat akan dimasukkan dari masa ke semasa