SEJARAH



Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1956 di tanah wakaf Allahyarham Panglima Imam Zabidi. Asalnya dikenali sebagai Sekolah Rakyat pada tahun 50an. Dikelolakan oleh Cikgu Zabidin dengan pelajar asalnya seramai 18 orang.

Pada tahun 1953 telah ditukarkan kepada nama Sekolah Melayu Kampong Awat. Dirasmikan oleh Pegawai Daerah Segamat pada masa itu, iaitu En.Hitam.

Guru Besar pertama ialah En Abd Aziz B Samsudin. Sekolah ini asalnya bangunan separuh kayu dan batu dengan 3 buah bilik darjah. Pada tahun 1986 bangunan 2 tingkat telah dibina.

Nama sekolah ini diabadikan sempena nama kampung itu sendiri, iaitu Kampung Awat. Awat adalah bersempena nama daripada “ Tenggala” (sejenis alat pembajak) yang dikenali penduduk kampong pada masa itu sebagai Awat.

Kampong Awat terletak dipinggir Sungai Muar yang pada masa itu dikenali sebagai Kampong Lubok Terap. Di kampong ini terkenal dengan Sungai Awatnya yang kaya dengan ikan baung, udang dan ikan jelawat. Panglima Imam Zabidi yang membuka kampong ini berasal dari Pahang dan makamnya terdapat di kampong ini sehingga sekarang.