SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG AWAT, 85100 BATU ANAM SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM. TEL: 07-9373371. EMAIL: skkasegamat@yahoo.com WEBSITE: www.skkasegamat.blogspot.com
Friday, 21 December 2012
Tarikh Mesyuarat Bil 1 / 2013
Perhatian kepada semua guru SK Kampong Awat. Tarikh Mesyuarat Guru dipinda kepada ketetapan berikut:
1. Mesyuarat Pengurusan Dan Pentadbiran Bil 1.
Tarikh : 24 Disember 2012
Hari : Isnin
Masa : 8.30 Pagi
Guru Terlibat : Guru Besar dan Semua PGB.
2. Mesyuarat Pengurusan Dan Kurikulum Bil 1.
Tarikh : 26 Disember 2012
Hari : Rabu
Masa : 8.30 Pagi
Guru Terlibat : Semua Guru Dan Staf.
3.Mesyuarat Hal Ehwal Murid ( HEM ) Dan Kokurikulum Bil 1.
Tarikh : 27 Disember 2012
Hari : Khamis
Masa : 8.30 Pagi
Guru Terlibat : Semua Guru.
Thursday, 20 December 2012
Tarikh Mesyuarat SKKA
- 24 Disember 2012 (Isnin) - Mesyuarat Pengurusan Sekolah dan Guru Bil 1
- 26 Disember 2012 (Rabu) - Mesyuarat Unit Kurikulum
- 27 Disember 2012 (Khamis) - Mesyuarat HEM
- 28 Disember 2012 (Jumaat) - Penjualan Buku
- 31 Disember 2012 (Isnin) - Mesyuarat Kokurikulum
Sunday, 16 December 2012
Melindungi Masa Instruksional
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Masa Instruksional? Baca dan fahami apakah maksud sebenar...
Melindungi Masa Instruksional
Melindungi Masa Instruksional
Labels:
Isu-isu semasa
Pencapaian Malaysia Dalam Indeks Persaingan Global Dalam Bidang Pendidikan
Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) telah mengiktifaf Malaysia
sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap persaingan yang lebih baik
dari 142 buah negara di seluruh dunia dan berdasarkan laporan
terbaharunya, Malaysia menduduki tangga ke- 21 berbanding pada tahun
2010 pada tangga ke- 26.
Menurut laporan tersebut, tahap persaingan global pada tahun 2011/2012, kedudukan yang lebih baik itu disebabkan oleh kesungguhan Malaysia untuk memperbaiki kedudukannya selaras dengan perubahan-perubahan yang diperlukan bagi membolehkan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, dan seterusnya keluar daripada situasi ekonomi berpendapatan sederhana tinggi kepada negara berpendapatan tinggi.
Menurut laporan tersebut, tahap persaingan global pada tahun 2011/2012, kedudukan yang lebih baik itu disebabkan oleh kesungguhan Malaysia untuk memperbaiki kedudukannya selaras dengan perubahan-perubahan yang diperlukan bagi membolehkan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020, dan seterusnya keluar daripada situasi ekonomi berpendapatan sederhana tinggi kepada negara berpendapatan tinggi.
Labels:
Isu-isu semasa
Pemantauan Pengurusan Sekolah Awal Tahun 2013
Di sini dipaparkan nama sekolah yang akan dipantau oleh pegawai JPNJ pada awal persekolahan tahun 2013 bermula 02 Januari hingga 07 Januari 2013.
Nama Sekolah Yang Dipantau
Instrumen Pemantauan Sekolah Awal Tahun 2013
Labels:
Isu-isu sekolah
Saturday, 15 December 2012
Kesulitan sistem PBS diatasi
Melalui PBS, murid dan pelajar dilatih
untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari
dalam pelbagai konteks keperluan serta tidak terikat dengan keperluan
peperiksaan semata-mata.
Kementerian Pelajaran sedang dalam usaha menambah
baik perlaksanaan Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS) bagi memudahkan penggunaannya oleh kira-kira 412,000 guru
sekolah rendah dan menengah seluruh negara.
Labels:
Isu-isu sekolah
Isu-Isu Pengurusan Awal Persekolahan 2013
Bersama kita mengatasi segala permasalahan dan kekangan agar pengurusan 2013 lebih cemerlang.
Isu-isu Pengurusan Awal Persekolahan Tahun 2013
Isu-isu Pengurusan Awal Persekolahan Tahun 2013
Labels:
Isu-isu sekolah
Saturday, 8 December 2012
Kaedah Belajar Secara Berkumpulan
SANTAPAN MINDA oleh Dr. Ismail Zain
Belajar secara kumpulan adalah salah satu kaedah belajar yang mampu
mengurangkan rasa bosan tetapi menguatkan daya ingatan.
Murid-murid yang berada di asrama umpamanya perlulah memanfaatkan kaedah
ini kerana mereka lebih berpeluang berada dalam kumpulan sama ada pada
waktu petang atau malam semasa menghadiri kelas persediaaan.
Kebanyakan murid menganggap belajar secara kumpulan ini merugikan masa
atau tidak mampu memberi tumpuan. Sebenarnya belajar secara kumpulan
memerlukan perancangan yang rapi serta kerjasama yang erat daripada
anggota kumpulan.
Labels:
Motivasi Diri
Teknik Membaca Dengan Betul
Baca dengan mata, bukan dengan mulut.
Membaca dengan mulut (terkumat-kamit ketika membaca) hanya melambatkan pembacaan kerana pergerakan mata lebih pantas daripada mulut.
Begitu juga membaca dengan menggerakkan jari telunjuk turut melambatkan proses pembacaan.
Elakkan berjalan atau mundar-mandir ketika membaca.
Elakkan diri daripada mengulangi ayat yang sudah dibaca.Ini dapat dibiasakan dengan kerap membuat latihan tetapi masih mengekalkan daya penangkapan maklumat dari bahan yang dibaca.
Labels:
Motivasi Diri
Amalan Pelajar Cemerlang
- Sentiasa menunaikan solat pada awal waktu.
- Sentiasa membaca Al-quran sekurang-kurangnya satu jam sehari,paling malas satu muka sehari.(pelajar cemerlang tidak boleh malas ataupun segan).
- Memulakan pagi anda dengan solat tahajjud,taubat dan berdoa serta membaca Al-quran walaupun sedikit (Qiamulail).
- Membaca Al-Ma'thurat iaitu wirid serta zikir yang selalu diamalkan oleh Rasullullah s.a.w di waktu pagi dan petang.
- Sarapan pagi dengan menu telur dan madu.
- Jika ada masa terluang, rujuk nota ringkas dan lihat apa yang akan dipelajari hari ini.
- Menumpukan perhatian semasa belajar. Belajar hanya niat untuk menuntut ilmu dan mencari redha Allah.
- Menunaikan solat sunat Dhuha pada waktu rehat.Tidak makan pada waktu rehat (Sekiranya lapar alaskan perut anda dengan kuih atau air).
- Tidur sedikit sebelum solat zohor dan makan tengah hari untuk mengelakkan mengantuk akibat Qiamullail.
- Kalau tahan mengantuk lebih baik membaca atau melakukan tugas-tugas persatuan dan aktiviti-aktiviti lain.
- Bersenam dan bermain selepas solat Asar atau melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh.
- Solat Maghrib pada awal waktu dan makan sedikit serta membaca Al-Quran atau mendengar kuliah Maghrib.
- Belajar selepas Isyak kira-kira 2 jam.
- Muhasabah diri sebelum tidur dan ingat kembali tentang apa yang dilakukan dalam sehari.
Labels:
Motivasi Diri
11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
- Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
- Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
- Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
- Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
- Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
- Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
- Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
- Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
- Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
- Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
- Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Bersamalah kita memartabatkan dunia pendidikan
Labels:
PPPM 2013-2025
Thursday, 6 December 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)